Suasana di kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bandar Sungai Long di sini, hari ini gempar selepas menerima kunjungan ‘tetamu’ tak diundang, seekor ular tedung hitam. Reptilia itu ditemui melingkar di sekitar kawasan pondok pengawal di kediaman peribadi keluarga Perdana Menteri. Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor memaklumkan, empat anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.33 petang. “Anggota APM berjaya menangkap ular tedung hitam terbabit menggunakan peralatan khas.
“Setelah memastikan tiada lagi bahaya di lokasi, anggota mengemas peralatan dan bertolak pulang ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Hulu Langat,” menurut kenyataan hari ini. APM memberitahu, Perdana Menteri bersama isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sempat beramah mesra bersama anggota bertugas sebelum pulang ke pusat kawalan. ‘tetamu’ tak diundang, seekor ular tedung hitam. ” Ular minta KWSP” komen seorang warganet.
Anwar dulu desak Ismail Sabri benarkan pengeluaran KWSP. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara tepat menjelaskan bahawa pihak yang sebelum ini mendesak pentadbirannya untuk membenarkan pengeluaran kali keempat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu bersuara tatkala rakyat mendesak pengeluaran kali kelima. Menurut laporan, Ismail berkata suara mereka tidak lagi kedengaran pada masa ini, di saat orang ramai sekali lagi menggesa perkara sama. “Kerajaan perlu ambil tindakan segera terhadap aduan rakyat. Semalam selepas saya bersenam, seorang makcik datang mengadu, minta kalau boleh mereka (dibenarkan) keluarkan (simpanan dalam) KWSP.
“Dulu ketika saya (mentadbir negara), ramai yang bising bila kita buat kajian sama ada boleh keluarkan (atau) tidak. Akhirnya kita benarkan. “Ramai yang bising dulu. Saya harap rakyat bersuara (lagi) kali ini. Mana-mana yang kuat bersuara waktu saya jadi perdana menteri dulu, silakan bersuara lagi,” katanya. Tahun lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng merupakan antara ahli politik yang giat mendesak kerajaan pimpinan Ismail Sabri supaya membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan simpanan mereka. Kini, setelah menjawat jawatan Perdana Menteri, Anwar membuat pusingan-U sambil berkata, kerajaan perlu menimbang nasib dan masa depan pencarum sebelum membenarkan pengeluaran khas sekali lagi.
Katanya, lebih baik kerajaan mencari jalan lain bagi membantu rakyat yang terkesan, memandangkan kebanyakan pencarum memiliki jumlah simpanan yang sangat kecil. Namun, apabila penjelasan yang seakan-akan sama dikemukakan dulu, Anwar tidak mengendahkannya dan terus mendesak agar pengeluaran dana KWSP dibenarkan. Sumber, hmetro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.