Sophia Albarakbah yang namanya hangat menjadi perbualan masyarakat selepas dikaitkan menjadi penyondol dalam rumah tangga Aliff Aziz dengan Bella Astilah mengaku menangis setiap hari selepas dihina, dikritik teruk. Dia juga menyifatkan penggunaan perkataan penyondol sebagai keterlaluan. Penyondol adalah istilah kekinian yang digunakan warnaget bagi wanita yang menganggu atau menjadi orang ketiga dalam rumah tangga orang lain. “Saya menangis setiap hari (sewaktu kontroversi melanda). “Tapi saya kena kuat. Saya tidak boleh bersedih dan melayan hal yang tidak berkaitan dengan kerja saya.
“Cuma ya, perkataan penyondol adalah satu label yang tidak baik dan keterlaluan,” kata Sophia secara eksklusif kepada Astro Gempak sewaktu hadir ke acara Gempak Most Wanted 2022 (GMWA 2022) di MBSA, Shah Alam, Selangor. Ditanya adakah benar dirinya jatuh cinta dengan Aliff yang juga menjadi heronya dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah, Sophia hanya menggeleng. “(Tidak) dan saya rasa adalah lebih baik saya tidak cakap atau ulas,” katanya ringkas. Sophia, 29, juga menafikan tidak mempunyai hubungan yang baik atau tidak bertegur sapa dengan Aliff di lokasi penggambaran. “Tidak, saya percaya kami tidak boleh buat begitu kerana akan menjejaskan keseluruhan tim produksi.
“Kami profesional, itu sahaja,” ujar Sophia. Pelakon dan model itu bagaimanapun mengatakan emosinya kini sudah menjadi lebih baik dan mampu menghadapi kontroversi yang melanda. “Macam mana pun saya kena kuat. Saya tidak boleh beri hal-hal bukan berkaitan kerja mempengaruhi kehidupan saya. Saya tidak boleh tutup mulut orang untuk bercakap dan itu hak mereka. Tapi untuk diri saya, saya mahu fokus hanya kepada kerja,” katanya lagi. Sebelum ini Sophia didakwa telah menganggu keharmonian rumah tangga Aliff dan Bella selepas dikatakan telah ‘terjatuh cinta’ dengan pelakon dan penyanyi tersebut.
Sumber, Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.