Pelakon Nad Zainal baru-baru ini telah memuat naik sebuah video di Instagram (IG), memaparkan dia sedang mempromosikan makanan tambahan yang didakwa mampu memberi pelbagai manfaat kepada pengguna. Video yang dimuat naik oleh Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin itu telah mengundang perhatian warganet kerana mereka risau akan kesihatannya yang baharu sahaja pulih. Menurut warganet, mereka mahu Nad untuk berhenti mengambil makanan tambahan buat sementara waktu kerana mendakwa ia boleh mengakibatkan kesan simpingan yang buruk dan berkemungkinan penyakitnya akan menyerang semula.
“Sabar dulu Nad, biarlah sihat betul-betul. Tak takut masuk hospital lagi? Banyak betul ye minum-minum ubat ini. Minum lagi? Nanti masuk hospital lagi? Walaupun begitu, isteri kepada Ungku Ismail ini tidak melenting, malah dia terharu dengan pesanan yang dititipkan oleh peminatnya. “Terima kasih atas ingatan. Terharu saya.” Sekadar info, sekitar akhir tahun lalu pelakon drama Takdir Yang Tertulis ini pernah dirawat di Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital swasta di Ampang selama sebulan akibat pendrhan dalam paru-paru.
Sumber, Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Peminat luah rasa kecewa bila Nad Zainal buat tak tahu je bila di lambai, sekali ini respon selamba dari tuan badan. Selepas kecoh dengan dakwaan ‘baby bump’, nama pelakon Nad Zainal terus-menerus menjadi tumpuan warganet di media sosial. Hampa lambaian tidak dibalas. Terbaru, ada seorang peminat meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Nad yang didakwa sombong ketika bertemu di sebuah pusat kelengkapan rumah. Dakwa pengguna akaun @lve.m3 di ruangan komen, dia sudah melambai-lambai ke arah aktres berumur 34 tahun namun tidak dilayan. Cantiknya Kak Nad. How I wish sikap Kak Nad (panggilan) pun secantik muka Kak Nad. Sedih saya tadi kat Ikea MyTown, duduk depan meja Kak Nad. Saya lambai-lambai dan senyum Kak Nad buat tak nampak.
Kemudian, Kak Nad dah habis makan, lalu depan saya, saya lambai lagi, tapi Kak Nad masih buat tak nampak kat saya peminat Kak Nad ini. Sentap dengan respon pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin, wanita tersebut menyatakan dia enggan lagi meminati aktres yang baru sahaja sembuh dari penyakit pendrhan dalam paru-paru. Lepas ini tak minat dah lah. Saya doakan semoga penglihatan Kak Nad tidak terjejas ya. Jaga diri. Tak nampak bukan kekwat. Sementara itu, ketidakpuasan hati itu mendapat perhatian dari empunya diri. Pelakon drama Cina Bta memohon maaf dan menekankan dia memang tidak nampak wanita itu di lokasi kejadian.
Wanita tersebut juga dilihat telah meminta maaf kerana sudah buruk sangka. Reaksi warganet. Dia introvert kot. Kita kalau jumpa artis, buat biasa2 je lah. Ada jugak terserempak artis dlm lif rumah, berbual dgn artis sbb dia nk try swap cover ford ranger. Artis pun ada guna servis pengangkutan 4×4 kita, kita layan sama je lah mcm org lain. Selalu terjumpa artis… tapi buat tak tahu saja. Biarlah. Anak2 pun diajar begitu. Tapi comelnya, bila ada artis tu pula yang senyum terlebih dahulu. Okay. Balas dengan ikhlas. Ni klu jenis yg baca tajuk je bole kene kritik berjemaah dah Nad Zainal ni. Sumber, Limau Asam Boi.