Pelakon dan pengacara Yasmin Hani, 43, mendedahkan dia kini kurang menerima tawaran berlakon dan tidak tahu kenapa penerbit dan pengarah tidak mahu mengambilnya berlakon. Sebelum ini ada pihak yang menghubungi dan menawarkan saya berlakon, tapi selepas itu mereka senyap. Saya memang minat berlakon dan tidak memilih watak. Saya juga tidak setuju jika ada yang menganggap pelakon yang sudah berusia seperti saya tidak layak membawa watak heroin. Saya masih meletakkan harga yang sama seperti 10 tahun lalu. Kalau saya ‘demand’ harga mesti tiada yang mahu tawarkan saya berlakon selepas ini. Bukan saya saja, ramai pelakon seangkatan termasuk penyanyi juga berdepan isu sama,” katanya.
Mengulas persaingan dengan pempengaruh media sosial pula, kata Yasmin, dia memiliki 621,000 pengikut atau ‘followers’ di Instagram. Saya juga menjaga penampilan dan sering memuat naik pelbagai aktiviti di Instagram. Mungkin penerbit dan pengarah mahukan pelakon yang lebih muda sebab itu mereka lebih suka mengambil pempengaruh untuk berlakon. Tapi apa akan jadi pada kualiti sesebuah karya apabila pengarah mengambil mereka yang tidak boleh berlakon menjadi watak utama?” katanya.
Kredit Harian Metro . PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.