Yatie Kamarulzaman sambut ulangtahun kelahiran, tapi destinasi percutian pula jadi perhatian warganet

Happy birthday! Menikmati percutian seisi keluarga di Bali, Indonesia baru-baru ini, usahawan yang juga anak Bonda Rozita Ibrahim serta kakak Datuk Seri Aliff Syukri tersebut menyambut ulang tahun kelahiran ke-39 di destinasi percutian terkenal berkenaan. Gemar melancong bersama keluarga tersayang, percutian Noor Hayati Kamarzaman ke Bali kali ini disertai dua anak perempuan dan ibu mertua. Menginap di salah sebuah villa mewah di sana, pengasas The Hijab Co, The Skin Co dan Pengarah Kreatif Sendayu Tinggi ini tidak menyangka menerima kejutan hari lahir daripada insan kesayangan.

Dedah Yatie, “Thank you Mohamad Zaidi Aziz (suami) walaupun dia tahu Kak Yatie jenis tak sambut birthday, dia tetap nak buat sebab sebagai tanda ingat katanya. Akan jadi memori sebab masa tak boleh dibeli. Tapi kenangan boleh dicipta. Dan selebihnya belanja family. Tahun ni terakhir sambut birthday angka 3 di depan. Meraikan angka 4 tahun hadapan insyaAllah. Alhamdulillah merasa pelbagai kenangan bersama. Lebih istimewa, kejutan birthday Kak Yatie diadakan di restoran eksklusif yang berlatar belakangkan keindahan hidupan coral. Memang indah sangat.

Selain gaya hidupnya yang sering menjadi perhatian, kisah kejayaan dan kediaman mewah Yatie juga menjadi bualan followers. Apa tidaknya, mahligai indah Noor Hayati Kamarzaman ini tersusun kemas dan menjadi idaman setiap keluarga! Tak ubah seperti hotel bertaraf lima bintang. Aktif berkongsi aktiviti harian dan produk niaga di media sosial, Yatie tidak hanya dikagumi kerana keupayaannya mengurus empayar niaga tetapi juga kerana cita rasa wanita ini dalam menghias kediaman. Daripada perkongsian Yatie di Instagram, rata-rata followers teruja setiap kali dia memuat naik foto mahupun video kediaman.

Daripada rekaan ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik wardrobe sehinggalah bilik air, semuanya cukup mengagumkan. Malah, Yatie juga menata hias kediaman dengan rona putih bersih yang berkonsepkan klasik kontemporari. Paling mencuri tumpuan ialah ruang dapur kediaman Yatie yang tidak hanya luas dan mewah tetapi juga bersih serta praktikal. Lebih menarik, ia juga terbuka dan menghadap terus ke halaman rumah nan menghijau. Sejuk dan tenang dapat memasak untuk keluarga di ruang dapur serba eksklusif macam dapur Yatie.

Kredit Soya Lemon. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version