Ramai yang cakap ND Lala dah kahwin lain, tapi posting terbaru dari isteri pula yang jadi perhatian warganet

Kecoh bila seorang selebriti lelaki popular tahun 80-an dikhabarkan sudah berkahwin lain dengan wanita muda secara rahsia. Hint yang diberikan, rumah tangga selebriti itu sedang bermasalah dan di ambang perpisahan. Namun artis lelaki berkenaan dilihat hadir bersama-sama isteri ke satu program nyanyian bagi melihat anak mereka yang juga penyanyi wanita popular membuat persembahan, sekali gus menepis dakwaan tentang rumah tangganya yang bermasalah dengan ibu kepada penyanyi wanita tersebut.

Disebabkan itu ramai yang tuduh artis yang dimaksudkan adalah ND Lala. Bagaimanapun warganet sekali lagi keliru apabila isteri kepada ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman dilihat memuat naik foto mereka bersama sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-35 semalam. Tanda pagar yang ditulis ialah ‘susah senang bersama’, ’till jannah’ dan ‘Alhamdulillah for everything’. Difahamkan, pasangan suami isteri ini dipercayai keluar makan berdua sempena hari ulang tahun perkahwinan.

Secara tidak langsung, dakwaan yang dikatakan oleh warganet macam salah sebab mereka nampak bahagia dan baik-baik sahaja. Sebelum ini rumah tangga dibina pasangan yang memiliki empat orang cahaya mata itu didakwa berantakan. Bagaimanapun, Shila Amzah tampil menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan, ibu bapanya sedang melalui fasa sukar selepas 33 tahun berkahwin. Sumber, cari. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version