Nampak ketara perubahan tu, akhirnya tercapai juga hasrat Aishah nak pakai busana saiz kecil

IMPIAN penyanyi Datuk Aishah mengenakan busana bersaiz kecil tertunai apabila dia akhirnya mampu bergaya dengan pelbagai jenis baju terutama baju kebaya. Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, dia pada awalnya seakan tidak percaya tentang perubahan itu sehingga ke gedung pakaian untuk mencuba saiz lebih kecil. Jelasnya, baju-baju miliknya sebelum ini terpaksa didermakan kepada mereka yang kurang berkemampuan kerana sudah tidak boleh digunakan lagi.

“Jika dahulu, saya memang tak boleh pakai saiz S, tetapi sekarang saya seolah-olah tak percaya boleh memakainya. Saya pergi ke pelbagai kedai mencuba pakaian saiz S kerana mungkin setiap kedai potongan berbeza-beza. Jadi, bila sudah membuat percubaan, memang sah saya boleh pakai saiz kecil. “Ya betul (kebanyakan baju bersaiz S), baju-baju lama terpaksa disedekahkan kepada orang lain yang lebih memerlukan seperti mereka yang terlibat dengan banjir. Saya juga banyak memberikan kepada kawan-kawan, cuma baju persembahan yang lama masih ada kerana tidak tahu mahu berikan kepada siapa,” katanya.

Aishah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media majlis berbuka puasa bersama Dat k Aishah & Ezad Lazim di Ampang, Selangor pada Isnin. Dalam pada itu, Aishah memberitahu bahawa dia sudah puas bersedih apabila tidak dapat mengenakan pakaian yang dia mahukan. Tambah Aishah, sebelum ini dia hanya mampu melihat dan menyimpan angan namun sekarang semuanya sudah menjadi satu kenyataan. “Kalau dahulu rasa sedih juga bila lihat ada baju cantik, tetapi tak dapat dibeli disebabkan tiada saiz. Perkara ini hanya orang berbadan besar sahaja tahu. Tetapi sekarang sudah berbeza dan itulah yang seronok. Ini kerana saya boleh beli baju baru sebagai hadiah untuk diri sendiri.

“Sekarang dapatlah merasa pakai pelbagai baju, dahulu hanya lalu dan lihat sahaja. Apa yang boleh beli adalah beg tangan dan kasut. Saya cuba menyarung baju kebaya sejak beberapa tahun lalu, tetapi hanya sekarang baru boleh pakai. Jadi, itu adalah pencapaian untuk diri sendiri,” katanya lagi. Untuk rekod, Aishah pernah menjalani operasi pintasan usus atau bariatrik sekitar 2018. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version