Telekung ‘pelik’ dengan kain meleret di lantai yang dipakai usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Vida, 52, ketika menunaikan solat tarawih di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, malam tadi jadi perhatian ramai apabila dia memuat naiknya di media sosial. Telekung yang dipakainya dilihat bersaiz terlalu besar ukuran diameternya sama seperti rekaan busana yang pernah dipakainya ketika muncul di acara Gempak Most Wanted 2022 pada Februari lalu. Dalam keterangan video itu, Vida, 52, meluahkan kesyukuran selepas selesai menunaikan solat tarawih pertama malam tadi.
Komen Warganet:
Alhamdulillah, solat tarawih pertama malam ini (semalam). Salam Ramadan dari saya. Selamat berpuasa semua umat Islam. Yang mencuit hati adalah komen-komen warganet dalam ruangan komen hantaran di Instagramnya itu. Dalam video yang dimuat naik, Vida kelihatan sedang berdiri di ruang legar depan pintu masuk utama masjid itu, lengkap bertelekung putih bersaiz besar itu. Namun, berdasarkan pengamatan, video itu mungkin bukan video yang diambil semalam memandangkan tidak ramai jemaah lain yang berada di situ, tidak seperti malam pertama solat tarawih.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.