Muat naik gambar buka puasa dengan wanita, akhirnya Afdlin Shauki tampil jawab hubungan dengan individu tersebut

TINDAKAN pengarah Datuk Afdlin Shauki memuat naik foto seorang wanita di laman Instagram mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat. Menjawab mengenai persoalan itu, Afdlin, 52, menjelaskan wanita itu merupakan pengurusnya dan mereka sering bersama ketika berada di luar. Meskipun sudah setahun berpisah dengan Maria Christina Orow Abdullah, Afdlin berkata dia masih belum bersedia untuk berkongsi mengenai status terkini dirinya. “Belum ada komen apa-apa lagi setakat ini. Itu sahaja yang boleh saya beritahu.

“Dia adalah pengurus saya dan memang kami selalu bersama,” katanya ringkas ketika dihubungi mStar pada Ahad. Sebelum itu, Afdlin memuat naik sekeping foto dan menulis kapsyen seolah-olah memberi gambaran wanita berkenaan merupakan individu istimewa. “Berbuka puasa with this beautiful lady,” tulis Afdlin. Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut memberikan pujian selain menitipkan doa untuk mereka berdua.

Sebelum ini Afdlin mengakui dia sudah bertemu seseorang namun enggan terlalu terbuka bercerita kerana mahu menjaga hati bekas isteri. “Apa-apa pun mestilah saya akan beritahu. Nantilah lepas raya saya kongsi. Sekarang belum sedia nak kongsi lagi,” jawabnya ringkas. Untuk rekod, Afdlin dan bekas isteri iaitu Maria Christina Orow Abdullah mendirikan rumah tangga pada 1997 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin. Mereka sepakat untuk berpisah pada April tahun lalu dan masih mengekalkan hubungan baik.

Exit mobile version