Pelawak dan pengacara kontroversi, Shuk Sahar berharap agar ada peluang kedua buat dirinya terutamanya untuk kembali aktif dalam dunia lakonan. Memetik laporan Utusan, Shuk berkata, sudah hampir dua tahun dia tinggalkan industri seni tanah air, justeru dia memohon agar ada penerbit drama ataupun filem yang sudi memberikan tawaran kepadanya. Kalau ada peluang berlakon, memang saya nak. Saya betul-betul mengharap. Baru-baru ini ada tawaran, tetapi bertindih pula dengan acara di Singapura. Jadi, terpaksa saya tolak,” katanya.
Dalam pada itu, Shuk mengaku dia kini sibuk menjalankan perniagaan demi kelangsungan hidup. Bahkan, dia juga berharap agar warganet tidak terus menerus menghukumnya dan memulaukannya dalam industri seni tanah air. Jujur saya memang rindu nak kembali berlakon kerana sudah dua tahun saya tinggalkan dunia itu. Buat masa sekarang, saya hanya berniaga untuk kelangsungan hidup. Jadi, bagi penerbit yang masih ingat saya, saya ingin maklumkan, saya benar-benar mahu kembali berlakon. Diharapkan peluang masih ada untuk saya. Sebelum ini, Shuk atau nama penuhnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 37, terpalit dengan isu kontroversi melibatkan rumah tangganya sehingga dia menerima kritikan hebat dalam kalangan warganet.
Malah, disebabkan konflik tersebut, Shuk juga terpaksa menjual rumah banglo miliknya bernilai RM1.2 juta demi meneruskan kehidupan. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.