Penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search, 64, tidak dapat menahan air mata apabila mendedahkan dia pernah mengalami ‘anxiety’ atau keresahan akibat dikritik teruk warganet ketika konflik bersama kumpulan Search, sebelum ini. Amy atau nama sebenar, Suhaimi Abdul Rahman, 64, masalah ‘anxiety’ yang dialami menjadi lebih teruk ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Perjalanan kerjaya muzik saya bermula awal tahun 1980-an dan ketika itu tidak banyak gosip seperti hari ini. Sekarang sebagai artis popular, jika kita tersilap bagi kenyataan ia akan mengundang kritikan di media sosial. Bila baca komen yang sangat negatif di media sosial, saya berasa lebih terluka. Takkan hasil kerja saya selama empat dekad dalam industri muzik dihina dan mendapat kritikan seperti itu ,” katanya kepada Harian Metro.
Amy ditemui pada majlis pelancaran buku Senandika : Bercakap Seorang Diri, karya penulis, Maliah Surip, di sini. Amy berkata, dia mula mengalami masalah bila berasakan tiada siapa memahami dirinya ketika dalam fasa naik dan turun dalam industri muzik sebelum ini. Saya juga tidak berkongsi dengan isteri masalah itu. Bila tidur malam saya memalingkan wajah dari isteri kerana tidak mahu dia melihat saya menangis. Bagaimanapun, Amy berkata, dia tidak pernah bertemu doktor untuk merawat masalah terbabit. Saya sendiri tidak tahu ada ‘anxiety’ kerana tidak pernah didiagnosis oleh doktor sebelum ini. Namun, saya tetap melawan perasaan resah dan bimbang itu kerana tidak mahu menjejaskan kesihatan.
Ketika dalam perjalanan ke majlis pelancaran ini pun saya berasa seperti mahu menangis. Ditanya bagaimana dia mengatasi masalah itu, Amy berkata, dia memilih untuk tidak membaca komen negatif daripada warganet di media sosial. Saya mengelak dari membaca komen negatif di media sosial sekarang untuk menjaga kesihatan mental,” katanya. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.