Lama menyepi Yantzen dedah alami penyakit misteri, terkejut bila dia bagi tahu 6 bulan tak boleh tidur

Tak mudah melatah dengan dakwaan warganet, penyanyi senior, Yantzen atau nama sebenarnya Yantzen Juniwan enggan mengambil kisah mengenai komen negatif yang mengatakan dia dalam keadaan tidak normal, baru-baru ini. Menurut laporan mStar, penyanyi yang berusia 65 tahun itu mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap kerjaya dan menjalani kehidupan seperti biasa. “Saya tak nak komen apa-apa. Saya kalau cakap pun tak guna, kalau saya beritahu pun ceritanya akan jadi dua hala.

“Terpulang pada mereka untuk menilai saya takkan melatah. Saya cuma fokus dengan kehidupan saya sekarang dan bukan mereka yang beri saya makan. Kata-kata negatif itu biasa, begitulah mereka mudah menilai orang,” katanya. Bukan itu sahaja, bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh itu turut mendedahkan dia kini mengalami penyakit misteri sehingga menyebabkan dia tidak dapat tidur malam selama enam bulan. Malah, dia memberitahu sudah menghadapi kesukaran tidur sejak tahun lepas lagi tanpa mengetahui puncanya.

“Saya cuba memperbaiki diri sendiri, terus terang cakap saya enam bulan tak tidur. Itulah yang saya alami. “Masalah kesihatan saya itu antara saya dengan Tuhan. Kalau benda-benda mistik saya tak tahu tapi saya ada lakukan perubatan Islam. Cara saya mengubati itu antara saya dengan Allah. “Dari tahun lepas saya mengalami gangguan tidur ini,” ujarnya lagi. Terdahulu, tular di laman sosial sebuah video yang memaparkan Yantzen cakap tidak tentu arah dan warganet tinggalkan komen yang negatif susulan rakaman terbabit.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version