Tunaikan umrah baru ni banyak ubah cara pemikiran, ini pula pengakuan dari Awal Ashaari

Siapa sangka, kehadirannya ke Makkah bersama isteri tercinta, Scha Al Yahya pada Februari lalu banyak mengubah cara pemikiran pengacara popular, Awal Ashaari. Awal berkata, berpeluang menjejakkan kaki ke Makkah mendekatkan dirinya dengan Tuhan hingga perkara itu turut dipersetujui isterinya. Umrah kali ini mengajar saya lebih dekat dengan Tuhan. Perbuatan dan pemikiran saya lebih terarah kepada hubungan dengan Allah. Malah isteri pun cakap, saya banyak berubah. Harapnya saya dapat kekal istiqamah dan dapat menjejakkan kaki ke sana lagi,” katanya.

Walaupun baru saja menunaikan ibadah umrah, Awal seperti tidak dapat lari dengan api kontroversi apabila dikritik kerana mewarnakan rambut menjadi ‘putih’ dengan menggunakan teknik peluntur. Penampilan Awal itu sekali gus menjadi bahan perbualan ramai hingga ramai pihak yang kurang selesa dengan imej digayakan. Tidak melatah dengan kritikan yang diterima, Awal menegaskan, dia tidak boleh mengubah gayanya secara drastik memandangkan dia amat meminati bidang fesyen dan gemar bereskperimen. Dari segi gaya dan penampilan tidak mungkin saya akan berkopiah 24 jam kerana saya masih berminat dalam fesyen. Tambahan pula kerja saya masih berkaitan dengan dunia fesyen.

Saya hanya buat apa yang menggembirakan diri sendiri tetapi pada masa sama saya tetap menjaga hubungan dengan Allah.Orang kita tidak boleh menerima sesuatu perubahan drastik dan saya cuba faham perkara itu serta tidak menidakkan mereka. Bapa kedua dua cahaya mata itu berkata, dia enggan mengambil pusing terhadap apa saja kecaman yang dilemparkan, sebaliknya ingin terus fokus melakukan kebaikan. Bagi saya tidak mengapalah, saya tidak kisah dengan persepsi orang kerana saya rasa lebih dekat (dengan Allah) dan tenang.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version