Penyanyi, Ernie Zakri dan suaminya, Syamel sentiasa mencuit hati para penonton yang menyaksikan sesi ‘live’ mereka di Tiktok. Terbaru, gelagat Ernie dan Syamel ketika makan berjaya meraih lebih daripada tiga ribu tontonan. Mana taknya, Ernie berseloroh dan mengatakan bahawa ramai yang mahu melihat ‘The Iconic Duo’ pada waktu itu. Reaksi muka Syamel juga turut mengundang ketawa dalam kalangan warganet. Difahamkan, Ernie dan Syamel sering menghiburkan pengikut mereka di Tiktok pada waktu malam. Berikutan daripada itu, rata-rata warganet berkata mereka tidak dapat tidur kerana terlalu terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri tersebut. Klik sini untuk lihat video.
Kredit Oh Bulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
penyanyi Ernie Zakri yang dikenali dengan vokalnya yang tinggi mencetus rasa hiba di kalangan peminatnya apabila dirinya tidak memenangi sebarang anugerah yang tersenarai. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Ernie, 30, yang terus ke dakapan suaminya, Syamel, apabila tiba di belakang pentas. Penyanyi Ernie Zakri membawakan lagu ‘Korban’ pada malam AJL37 yang melontarkan vokalnya yang padu ketika menyampaikan lagu tersebut. Walau bagaimanapun, rezeki tidak berpihak kepadanya. Dalam pada itu, meninjau ke laman Instagram (IG) Syamel, dia memuat naik gambar bersama Ernie dengan kapsyen yang ringkas iaitu ‘I Love You‘.