Ahli Parlimen Kuantan (PAS), Wan Razali Wan Nor membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataannya yang didakwa mengkritik pembabitan penyanyi Baby Shima yang memeriahkan program Hari Bandaraya Mesra komuniti di Sungai Isap Damai Kuantan pada 18 Februari lalu. Menurut Wan Razali, kehadiran Baby Shima pada acara itu tidak seperti yang digambarkan banyak pihak sehingga mendesak agar pembabitan penyanyi itu dibatalkan. Pada 18 Februari, Baby Shima hadir dalam program terbabit dan membuat persembahan menyanyikan beberapa lagu serta berselawat dengan penampilan sopan dan menutup aurat.
Saya percaya penampilan terbabit adalah sesuai dengan tatasusila setempat dan boleh diterima oleh masyarakat sekitar. Penampilan terbabit sekali gus menjawab kekhilafan orang ramai sebelum persembahan itu. Dengan ini saya memohon maaf di atas kekhilafan terbabit,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. Terdahulu, Wan Razali melalui Facebook mendakwa, susulan menerima banyak bantahan, pihaknya menghantar surat bantahan kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) agar menghentikan pembabitan Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli di Sungai Isap. Dalam hantaran itu, Wan Razali turut menyebut penyanyi Makan Hati itu sering terpalit isu moral dalam persembahannya dan ingkar tatasusila serta adat ketimuran.
Menurut Wan Razali, dia berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama. Dengan ini saya memohon maaf di atas kekhilafan terbabit dan menarik balik kenyataan pada hantaran saya yang disiarkan pada 17 Februari lalu. Permohonan maaf ini dibuat tanpa syarat dan saya berjanji untuk tidak mengulanginya,” katanya. Sementara itu, Baby Shima dalam satu hantaran terbaharu di Instagram meluahkan rasa syukur apabila segala kebenaran berpihak kepadanya. Alhamdulillah, kebenaran akhirnya berpihak pada Shima.. Moga menjadi peringatan kepada semua untuk lebih berhati-hati apabila berkata-kata.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.