Sering berkongsi video dilaman tiktok bersama anak, Adira Suhaimi dilabel penghibur

Sering berkongsi video di TikTok , penyanyi Adira Suhaimi sekali lagi jadi perhatian warganet selepas memuat naik video berdurasi 44 saat menerusi laman sosialnya itu. Menerusi video tersebut, Adira kelihatan bersama anak perempuannya sedang bernyanyi secara miming lagu yang dipopularkan oleh Kangen Band berjudul Kehilanganmu Berat Bagiku. Malah, reaksi mereka juga kelihatan spontan apabila masing-masing menjiwai lagu tersebut. Klik sini untuk lihat video.

Melihat gelagat kedua beranak ini, rata-rata warganet terhibur melihat kemesraan mereka sekaligus  menyifatkan Adira sebagai seorang yang kelakar berbanding ketika dirinya masih single dahulu. Sekarang akau dah tak kenal Adira, dulu dia lain sekarang lain. Adira ni dari dulu sebenarnya lawak, Tapi dulu anak dara sekarang mak orang. Lagi power lawak dia. Bonding ibu dan anak, pasti anak akan ingat sampai bila-bila benda ni. Comelnya dua beranak ni, dua-dua pun lawak,komen warganet . Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton lebih 4 juta tontonan dan menerima lebih 300,000 tanda suka.

Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version