“Isu yang tak patut dibangkitkan sepatutnya kita elakkan. Ia menjejaskan nama baik (keluarga) dan saya rasa perlu dihentikan. Kami sama sekali bukan seperti yang diftnh. Orang kenal kami dan kita selama ini cuma berdiam (diri),”. Demikian kata Roshdi Ahmad, bapa kepada pelakon, Hafidz Roshdi, 29, mengenai konflik membabitkan anaknya itu dengan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29. Semalam, Hafidz dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan Nurul Shuhada dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Selangor pada 2 Mac lalu.
Roshdi yang hadir menemani anaknya di perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini, semalam, pada mulanya enggan mengulas, namun akur dengan pujukan pengamal media untuk memberikan kenyataan. Dalam pada itu, Roshdi turut meminta semua pihak menghormati mahkamah dan tidak terus membangkitkannya menerusi apa saja medium. “Perkara ini sedang diadili. Kita doakan yang terbaik,” katanya. Hafidz mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib. Mahkamah memerintahkan Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan psikiatri dan pemeriksaan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak pada 28 Mac ini.
Mahkamah menetapkan 9 Jun ini bagi sebutan semula kes dan laporan psikiatri Hafidz. Kredit, Hmetro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Mengaku tak bersalah, terkini Mahkamah perintahkan Hafidz Roshdi pergi Hospital Bahagia untuk dapatkan rawatan ini. Mahkamah Majistret Kuala Kubu hari ini memerintahkan agar pelakon, Hafidz Roshdi atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz bin Roshdi, 29 dihantar ke Hospital Bahagia. Memetik laporan dari Sinar Harian, perintah itu telah dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342. Hafidz diperintahkan ke sana bagi mendapatkan rawatan menjalani rawatan psikiatri.
PELAKON Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Isnin atas pertdhan sengaja mendatangkan kelukaan terhadap isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri dalam kejadian pada 2 Mac lalu. Pengakuan itu dibuat pelakon berusia 29 tahun itu di hadapan Majistret, Siti Fatimah Talib selepas pertdhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah. Mengikut Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi didkwa mengasari sebanyak tiga kali di bahagian kiri wajah Shu selepas berlaku pertngkran di antara mereka di susur keluar tol Sungai Buaya. Akibat kejadian itu, Shuhada terpaksa menerima 10 jahitan pada wajahnya dan menyebabkan parut kekal akibat kelukaan tersebut.
Pelakon filem Puska itu didkwa di bawah Seksyen 323 yang membawa hkmn jika didapati bersalah iaitu ditahan maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hkmn maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323. Hafidz yang hadir ke mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi mengenakan kemeja hijau berserta jaket kelabu selain menutup wajahnya dengan pelitup muka dan memakai cermin mata ditemani peguam.
Dia juga turut ditemani beberapa lelaki lain kelihatan tenang berjalan masuk ke perkarangan mahkamah. Penampilannya itu menjadi perhatian warganet yang disifatkan sebagai tidak bersesuaian dan menyangka pelakon itu baharu pulang dari menghadiri majlis anugerah. Pada 5 Mac lalu, Hafidz ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jnyh Sksl, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun. Hafidz melafazkan talak terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz talak di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu. Kes pengesahan lafaz itu akan disebut pada 21 Mac ini. Sumber, Mstar.