Pelakon dan penyanyi Kilafairy sering menjadi tumpuan warganet selepas mengambil keputusan untuk berhijab dua tahun lalu. Terbaharu, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, mengundang teguran warganet apabila menggayakan busana yang agak kurang sopan di sebuah acara baru-baru ini. Menerusi perkongsian di Instagram, anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dirinya sedang menghadiri acara tersebut. Dalam perkongsian itu, Kilafairy mengenakan busana kebaya labuh lace. Namun apa yang membuat warganet kurang senang adalah Kilfairy mengenakan ‘inner’ berwarna kulit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kurang senang dengan penampilan pelakon drama Tumpang Lalu Bang ini. Ramai meluahkan rasa kecewa apabila inner yang dipakai Kilafairy itu seolah-olah boleh mengundang fitnah terhadap penampilannya sebagi seorang yang berhijab. Sementara itu, ada juga segelintir pengikut Kilafairy yang menitipkan doa dan berpesan agar beliau sentiasa istiqamah dalam berhijab. Terdahulu, penampilan Kilafairy juga pernah dkiritik warganet apabila menghadiri sebuah anugerah