Aksi seorang pengusaha produk kecantikan dari Indonesia membeli emas yang diukir menyerupai jenama beg tangan mewah tular selepas dia mendedahkan bahawa beg tangan emas tersebut berharga 515 juta rupiah (RM150,160), lapor portal berita Wolipop semalam. Wanita itu dikenali sebagai Mira Hayati. Dalam hantarannya di laman TikTok, dia menunjukkan resit pembayaran beg tangan emas tersebut yang dibeli pada 24 Mac lalu.
Beg tangan itu diperbuat daripada emas seberat 531.25 gram dengan ketulenan 87 peratus. Alhamdulillah, Masya Allah, Tabarakallah. Beli beg tangan emas dan beberapa barang kemas lain yang kesemuanya berharga 553.9 juta (RM161,502),” kata Mira dalam klip video tersebut. Dalam resit pembayaran yang dikongsikan kepada warganet, Mira turut membeli sebentuk cincin emas seberat 40.2 gram pada harga 38.99 juta rupiah (RM11,368). Menurut Mira, dia sengaja memilih beg tangan emas yang rekaannya menyerupai beg tangan jenama mewah, Dior.
Rasa bangga kerana memiliki koleksi beg tangan Dior. Kalau beg tangan biasa, sudah banyak tetapi kalau emas sebenar, inilah dia,” ujarnya. Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen warganet. Apabila difikirkan, lebih baik beli beg tangan emas begini daripada beg tangan berjenama mewah sebenar yang berharga berbilion-bilion rupiah,” kata seorang pengguna.
Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.