50 khemah niaga termasuk bersaiz besar di tapak karnival jualan Aidilfitri rosak akibat ribut

Kira-kira 50 khemah niaga termasuk bersaiz besar di tapak karnival jualan Aidilfitri rosak dan terbalik dalam kejadian ribut kira-kira pukul 3.20 petang tadi. Kejadian itu mengakibatkan barang jualan seperti pakaian dan kelengkapan raya bertaburan dan basah. Kejadian itu turut melibatkan kira-kira tujuh khemah bazar Ramadan, selain beberapa kenderaan rosak dihempap khemah terbalik. Video memaparkan kerosakan khemah dan barang jualan viral di Facebook dan aplikasi WhatsApp sebentar tadi.

Seorang penduduk, Ilya Farhan Mohd. Ilias, 36, berkata, kejadian angin kencang itu berlaku selama kira-kira 15 minit dan menerbangkan kesemua khemah niaga di situ. Secara kebetulan, saya baru melalui tapak jualan tersebut dan melihat kesan kerosakan akibat ribut. Semua khemah peniaga termasuk khemah di pentas utama karnival patah dan terbalik,” katanya. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version