Bintang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo menghantar bantuan barangan kepada sasaran gempa bumi di Syria dan Turkiye. Ronaldo menghantar pesawat penuh dengan bantuan ke kawasan yang musnah akibat bencana itu untuk membantu mereka yang terjejas. Legenda Portugal itu membayar khemah, bungkusan makanan, bantal, selimut, katil, makanan bayi dan susu serta bekalan perubatan untuk misi kemanusiaan tersebut. Sebelum itu, satu rakaman video menunjukkan Ronaldo menyapa seorang budak lelaki Syria yang menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan bekas penyerang Real Madrid itu. Ini bukan kali pertama Ronaldo membuat sumbangan yang besar. Sumber Sinar Harian.
Ronaldo pernah membayar 68,000 pound (RM 324,157) untuk membiayai operasi otak seorang kanak-kanak dan menderma 154,924 pound (RM738,526) untuk membantu membiayai pusat kanser di Portugal. Dia yang juga duta untuk Save the Children, Unicef dan World Vision, juga menyumbang 1 juta pound (RM4.76 juta) kepada hospital Portugal semasa wabak COVID-19. Kredit Awani . PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.