Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli memasak untuk mngsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Baru Sungai Chedong di sini hari ini. Baginda memasak bersama mereka yang terlibat dengan banjir ketika mengunjungi PPS berkenaan bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Masakan ikan sardin dicampur ikan masin sentuhan Raja Permaisuri Agong itu dinikmati oleh lebih 200 mngsa banjir.
Mngsa banjir, Rosnita Abdullah, 51, berkata, apabila mendengar Raja Permaisuri Agong mahu ke PPS itu, mereka sepakat untuk meminta baginda untuk memasak. Kami memang sudah merancang, kalau Tuanku (Permaisuri Agong) datang, kami nak mohon Tuanku masak. Kami hendak merasa air tangan Raja Permaisuri Agong. Alhamdulillah sedap sangat walaupun lauk sardin,” katanya. Rosnita berkata, dia berasa terharu apabila Raja Permaisuri Agong bersetuju untuk memasak dan semestinya menjadi kenangan sepanjang hidupnya. Sementara itu, Zaharah Mazlan, 38, pula berkata, dia tidak menyangka dapat merasa air tangan Raja Permaisuri Agong yang sering menjadi perbualan ramai sebelum ini.
Kredit Kosmo. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.