Penyanyi Datin Alyah meluahkan rasa terujanya selepas suaminya, Datuk Ramli MS atau Tok Ram membawa pulang potret lukisan yang dihadiahkan buat mereka oleh seseorang. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Alyah menerusi sebuah hantaran di Instagram, semalam. Menurut Alyah, dia tidak berkesempatan untuk membuka bungkusan potret tersebut kerana sibuk bekerja. Kelmarin Tokram balik dengan membawa potret lukisan yang berbalut dari siapa saya pon tak pasti. Bila ditanya, Tokram kata ada orang lukis dan buat bagi kat dia dan suruh saya tengok sendiri. Sebab lately busy sangat jadi tak ambik pot sangat hal ni. Klik sini untuk lihat video.
Setelah dua hari berlalu bingkai gambar yang tertutup dengan pembalut masih mengoda tangan untuk membuka. Then apa lagi kita pon suruh maid kita buka. Sekali, Allahuakbar lukisan i dengan Tokram daaaa,” tulisnya. Dalam pada itu, pelantun Tak Mungkin Kerana Sayang itu sempat berseloroh menyatakan potret tersebut seperti dirinya berkahwin dengan gangster. Malah, dia juga sempat berterima kasih kepada pemberi lukisan potret tersebut. Sekali pandang macam terkahwin dengan gngstr snooker daaaa.
Tapi saya suka Lukisan ni Alhamdulillah Terima kasih. Siapa yang lukis ni mohon tag sini boleh? saya nak ucapan terima kasih. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.