Bersempena sambutan Hari Wanita pada Rabu lalu, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah dilihat berkongsi sebuah video pertemuannya bersama isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri. Menerusi hantaran di laman sosial TikTok, pelakon berusia 29 tahun itu dilihat sedang meluangkan masa bersama Shuhada di sebuah restoran. Namun apa yang menjadi tumpuan adalah emosi kedua-dua wanita hebat ini. Perasaan sayu menyelebungi apabila melihat Bella Astillah dan Shuhada dilihat tidak mampu menahan sebak dan beberapa kali mengesatkan air mata sambil berpegangan tangan. Aktress dengan nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah ini turut menitipkan pesanan istimewa buat ibu kepada dua orang anak itu di ruangan kapsyen.
“Selamat Hari Wanita untuk semua wanita yang luar biasa dan yang jelita! Teruskan bersinar, bukan sahaja hari ini tetapi setiap hari. Terutama buat adik saya yang cantik ini, Shu. Percayalah selepas hujan, pasti akan ada pelangi. Dalam pada itu, diakhir video tersebut memaparkan mereka berdua berpelukan dengan senyuman sepertinya tabah menghadapi ujian yang datang. Menjengah ke ruangan komen pula, ramai warganet yang turut hiba melihat keadaan Shuhada dan mendoakannya. Klik sini untuk lihat video.
“Ya Allah kuatkan hati perempuan ini. Kau peliharalah dia dari segala kesakitan dan kau berikanlah kebahagiaan. Saya pun menangis melihat video ini. Semoga Allah kabulkan doa organg-orang yang teraniaya. Wahai suami, jika kamu sudah tidak lagi mahu pada kami, jangan sakiti kami lagi. Teruslah kuat wahai wanita, teruslah jalan ke hadapan tanpa menoleh. Kuatkan diri demi anak-anak. Allah tak pernah tidur dan percayalah kifarah Allah itu pasti.
Terdahulu, Shuhada telah mendakwa bahawa Hafidz telah mengasari sebanyak tiga kali diwajahnya sehingga menyebabkan wanita itu menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri yang menyebabkan kecacatan kekal. Sumber, OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.