Mata dan kepala terhentak pada bucu katil, ini pula keadaan terkini Fasha Sandha buat ramai yang mendoakan

PELAKON Fasha Sandha terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan pakar di Johor Bahru, Johor pada Rabu akibat mengalami kelukaan di bahagian mata kirinya. Mata aktres berusia 39 tahun itu luka dipercayai akibat terjatuh ketika menjayakan salah satu babak di set penggambaran drama berjudul Anak Tuan arahan Along Kamaludin. Menerusi kenyataan yang dibuat menerusi Instagram oleh pihak pengurusannya, Fasha luka selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam ketika menjayakan babak bersama pelakon Azhan Rani. Video yang dikongsi turut menunjukkan, Azhan menarik rambut Fasha dari tangga sebuah rumah sebelum menolaknya dan kemudian kepalanya terhentak di bucu katil berkenaan.

“Fasha sedang berehat secukupnya kerana mengalami kelukaan akibat terjatuh di set penggambaran pada 1 Mac lalu.”Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola mata bengkak serta berdrh. “Mohon jasa baik peminat untuk mendoakan Fasha, tulis kenyataan berkenaan. Pelakon itu turut berkongsi rakaman ketika penggambaran babak tersebut dan turut kedengaran suara Azhan memohon maaf selepas kejadian dan Fasha dilihat menangis menahan kesakitan.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut menyebut, Fasha akan dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Khamis bagi mendapatkan rawatan lanjut. Pun begitu, Fasha tidak menyalahkan mana-mana pihak dan menganggap kejadian itu sebagai kejadian tak diingini. “Fasha seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjaya. Pihak produksi telah memohon maaf kepada Fasha dan keluarga. “Tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan terjadi di luar jangkaan,” ujarnya. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version