Mengaku ada isteri wanita arab, gelagat Jebat Jayden buat ramai yang geram

Anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang diberi nama Jebat Jayden ini sering sahaja jadi perhatian ramai dengan gelagat comelnya. Apatah lagi anak kecil ini cukup bersahaja lagaknya biarpun dirinya dirakam oleh bapa dan ibunya yang rajin mengusik ini. Sebelum ini beberapa video telatah Jebat Jayden telah meraih tumpuan warganet. Dari sedang menyanyi, gaya berbual spontan dan sebagainya. Namun begitu, kali ini lain pula video yang dikongsikan di laman Tiktok. Klik sini untuk video.

Berdasarkan video yang tular di laman Tiktok itu, Jebat Jayden dilihat berada salah satu tempat di Tanah Suci Mekah dan sedang makan coklat. Apa yang menjadi perhatian ialah gelagat Jayden yang selamba berkata bahawa coklat yang dimakan itu diberi oleh seorang wanita Arab, bahkan dia mengaku bahawa wanita tersebut merupakan isterinya. “Jangan terkejut tau… jayden ni pepandai jer cakap perempuan arab tu bini dia ahahah… yalla pandai sungguh memilih yang cantik tau..,” tulis @niznm6 di ruangan kapsyen video.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 603k tontonan, 50.5k tanda suka dan pelbagai komen dari warganet yang rata-rata terhibur dengan gelagat Jebat Jayden.

Komen warganet,

Sumber, Soya Lemon. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version