Jarang jumpa dengan isteri kat rumah, gelagat Amar Baharin usik isteri buat ramai yang cair

Pelakon, Amyra Rosli bukanlah calang-calang anak seni yang mana penangan lakonannya dalam beberapa drama berjaya membuatkan dia antara selebriti wanita yang sering menjadi sorotan penonton drama tempatan di media sosial. Umum diketahui, pelakon drama Nur ini juga merupakan pengacara rancangan Nona. Melebarkan sayapnya dalam dunia pengacaraan, Amyra Rosli semakin berkembang dalam dunia hiburan tanah air sehingga sering jadi tumpuan ramai. Sekadar info, Amyra Rosli telah berkahwin dengan pelakon, Amar Baharin dan kini bahagia bersama sepasang cahaya mata mereka. Pasangan sama cantik, sama padan ini juga antara yang disenangi ramai kerana Amar Baharin mahupun Amyra Rosli jarang terpalit kontroversi.

Terbaharu, orang ramai cair pula melihatkan bagaimana sweet Amar Baharin terhadap isterinya ini. Menerusi muat naik Amar Baharin, gelagat dirinya terhadap Amyra Rosli membuatkan ramai tertarik dimana mereka yang dikatakan jarang berjumpa dekat rumah, jadi sempat dia mengusik isterinya dengan cara ini. Muat naik video pendek itu turut dihujani dengan pelbagai reaksi diruangan komen yang mana warganet juga mendoakan rumah tangga pasangan bahagia ini kekal sehingga ke Jannah. Sweetnya diorang dua ni, semoga kekal hingga jannah… dan dilindungi dalam rahmat Allah. Klik sini untuk lihat video.

Kredit Sinar Viral. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version