Nekad untuk buka perniagaan sendiri, ramai yang terkejut bila tengok harga biskut yang Shuhada jual

Sejak kebelakangan ini, nama Nurul Shuhada yang juga merupakan bekas isteri kepada pelakon kontroversi, Hafidz Roshdi sering mendapat perhatian ramai gara-gara kemelut rumah tangga namun kini sudah bangkit atas kaki sendiri untuk teruskan kehidupan bersama anak-anaknya. Malah, difahamkan juga Shuhada sedang membangunkan perniagaan biskut di bawah jenamanya iaitu ‘Satu Tak Cukup Shelup Shelup’ telah membuatkan ramai sebak dan mahu membantunya untuk mencari rezeki. Bagaimanapun, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dia berkongsi video Shuhada menjual biskutnya menerusi satu sesi siaran langsung di Instagram sebelum ini. Klik sini untuk lihat video.

Dalam video tersebut, kelihatan Shuhada sedang mempromosikan biskut jualannya itu namun, meninjau ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa terkejut terutamanya golongan B40 apabila mengetahui biskut tersebut berharga RM179.00 tidak termasuk kos penghantaran, RM15.00

Bukan itu sahaja, ada warganet hanya mampu mendoakan untuk Shuhada sebagai tanda sokongan memandangkan mereka tidak mampu untuk membeli biskut yang dijualnya.

Pun begitu, disebalik kritikan yang dilemparkan, ada segelintir individu yang memberi cadangan serta pendapat kepada Shuhada supaya menjual biskutnya dalam set mini sebagai permulaan untuk membolehkan orang ramai membeli pada harga yang lebih murah.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar urusan Shuhada sentiasa dipermudahkan dan rezekinya sentiasa dimurahkan selalu dalam mencari rezeki untuk keluarga. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version