Rumah mak akan disita, sekali Ali Puteh tampil dedah sebab rumah tu nak kena sita

Pelawak Ali Puteh, 34, kecewa apabila rumah ibunya, Allahyarham Sabariah Arshad bakal disita selepas dia gagal melunaskan tuntutan RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali sebagaimana diperintahkan mahkamah sebelum ini. Ali berkata, masalah berlaku hanya membabitkan dia dengan NurHidayah dan baginya ia tidak ada kena-mengena langsung dengan harta hak milik arwah ibunya dan ia dianggap tindakan tidak sepatutnya dibuat. “Kenapa perlu kaitkan dengan rumah arwah mak saya? Masalah itu antara saya dengan balu arwah Abam saja. Saya pun baru dapat tahu benda ini dan surat (mahkamah) pun baru sampai. Lagi pun, bukannya saya nak menolak untuk membayar RM60,000 itu.

“Saya akan cuba membayarnya juga. Cuma, tak bolehlah nak bayar sekali gus sebab saya ada tanggungan keluarga. Kerjaya saya pun dah tak ada langsung dan mungkin akan bayar secara ansuran,” katanya dalam temubual bersama Melodi TV3. Ali atau nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, ramai juga yang bertanya kepadanya mengenai pembayaran tuntutan RM60,000 itu. Katanya, dia masih belum melunaskan bayaran lagi kerana pendapatan dalam karier seni sudah tidak macam dulu dan tiada tawaran persembahan diterima.”Saya masih terkejut apabila mendapat panggilan telefon daripada pakcik yang memaklumkan rumah arwah mak di Batu 10, Gombak ini akan disita kerana perintah yang mahkamah sudah keluarkan.

“Saya jadi pelik sebabnya ini (rumah) harta arwah mak saya, kenapa pula dijadikan sebagai cagaran ataupun nak disita? Kes RM60,000 itu antara saya dengan balu arwah Abam. Tapi, kenapa kaitkan dengan harta arwah mak saya dan dicampur adukkan dalam kes ini?. Rumah arwah mak saya adalah di atas nama Allahyarham dan arwah bapa tiri saya. Ia bukannya diatas nama saya. Mana hati budi seseorang? Saya pun ada anak kecil. “Dengan sitaan mahkamah, surat bercop (mahkamah) itu tidak sepatutnya terjadi. Nak balas dendam kononnya hukum karma, tak sebenarnya bukan. Saya dah tekankan, ini kes berlainan. Kes saya dengan balu arwah Abam lain dan kes faraid pun lain. Ia tak sama,” katanya.

Ali berkata, dia juga berdiam diri sebelum ini bukan sebab takut. Ujarnya, dia hanya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan kerana sudah cukuplah dirinya dimaki hamun orang.“Kes ini pun dah bertahun. Saya sendiri sudah tiga tahun orang maki hamun sebab keluar dari mahkamah dah kalah. Cakap apa pun tak akan dianggap betul. Tapi, percayalah cakap saya,” katanya. Terdahulu, Harian Metro melaporkan Hidayah menggesa Ali agar membayar RM60,000 kepadanya seperti yang ditetapkan mahkamah dalam kadar segera tanpa kaedah ansuran. Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

Kredit: Hmetro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version