Pelakon Julia Farhana dilihat bertindak memadam semua gambar dan video yang memaparkan dirinya tidak berhijab di laman Instagram miliknya. Menerusi satu video kempen, berusia 29 tahun itu memaklumkan dia belum lagi mengenakan tudung ketika menjalani penggambaran rakaman tersebut sekali gus mengesahkan bahawa dirinya sudah berhijab penuh. “Disclaimer : Rakaman ini dibuat sebelum Ju (panggilannya) bertudung. I am obligated to my responsibility for this collaboration according to the scheduled posting,” tulisnya.
Nama pelakon kacukan Melayu dan Itali itu mula menjadi sebutan warganet selepas mengesahkan percintaan dengan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum yang juga bekas suami kepada pelakon, Lufya Omar. Sementara itu, rata-rata rakan artis dan pengikut memuji kecantikan Julia selepas tampil berhijab menerusi beberapa keping gambar dirinya tampil berhijab di sebuah acara baru-baru ini.
Terdahulu, pelakon drama Akira Khan itu mengakui masih belum bersedia untuk berhijrah menutup aurt atau menjadi isteri yang sempurna. Untuk rekod, Julia mengumumkan dirinya selamat bergelar isteri kepada Dr Hafiz pada 20 Disember lalu selepas dua minggu bernikah. Sumber: omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.