Penyanyi Noh Salleh menyifatkan Konsert Patah Hati yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, semalam seakan-akan sama dengan kisah hidupnya. Memetik laporan Berita Harian, Noh atau nama sebenar Muhammad Noh Salleh memberitahu persembahan tersebut adalah yang istimewa kerana jatuh pada hari jadinya dan ibu bapanya turut hadir beri sokongan. Saya ingin mengambil kesempatan pada hari jadi saya ke-38. Saya tahu saya bukan seorang anak baik, banyak mengecewakan mereka (ibu bapa). Dalam jutaan orang yang saya patahkan hati dan sepanjang saya menjadi seniman, saya banyak tersalah cakap dengan peminat, wartawan dan bekas teman wanita, tetapi saya rasa paling dahsyat dosa saya patahkan hati orang tua saya.
Jadi, tolong maafkan dosa saya sebagai manusia yang cuba bertahan di dunia yang penuh kjm ini. Sekali lagi berikan tepukan kepada ibu bapa saya, Dayang Suraya dan Salleh Ibrahim,” katanya sambil menujukan ucapan kepada ibu bapanya. Pada masa sama, dia tidak menyangka sambutan Konsert Patah Hati luar biasa walaupun diadakan pada hari biasa.
Nak menjual tiket memerlukan usaha yang sangat tak masuk akal. Bila lihat kehadiran anda semua di sini buat saya fikir penganjur ini hebat. Ini hari Rabu bukan hujung minggu, jadi ini menunjukkan bahawa industri muzik Malaysia sihat dan artis Malaysia sudah tahap Blackpink. Menerusi konsert itu, Noh membawakan lagu Angin Kencang, Sang Penikam, Bila Aku Sudah Tiada, Kotak Hati dan Aku Skandal. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.