MAHKAMAH Singapura pada Selasa memerintahkan lelaki berusia 33 tahun yang didakwa menyrng pelakon Kamal Adli selepas menyertai acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo direman selama dua minggu bagi menjalani ujian psikiatri. Hakim Terence Tay membuat keputusan itu selepas bersetuju dengan permohonan pihak pendakwa raya yang meminta tertuduh menjalani pemeriksaan mentl. Tertuduh dikenali sebagai Muhammad Nabil Rasid akan ditahan di Institut Kesihatan Mental untuk pemerhatian psikiatri.
Kes berkenaan akan disambung semula pada 28 Mac ini. Tertuduh didakwa atas satu pertuduhan menyebabkan kecedern secara sukarela dengan menggunakan senjata berb4haya. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dijatuhkan hkman mengikut Seksyen 324 yang membawa hkmn ditahan sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau kedua-duanya sekali. Pada malam Ahad lalu, Muhammad Nabil didakwa menyrng Kamal, 37, menggunakan cota sehingga menyebabkan aktor berkenaan mengalami luka sedalam tiga sentimeter dan menerima empat jahitan pada bahagian kulit kepala.
Polis turut merampas snjta digunakan sebagai bukti kes dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Uqasha Senrose memohon rakyat Malaysia dan Singapura tidak bertelingkah selepas kejadian suaminya, pelakon Kamal Adli disrng di acara ekspo di Singapura, baru-baru ini. Dalam satu hantaran video di Instagram, Uqasha memohon agar kejadian yang berlaku dijadikan pengajaran kepada semua untuk sentiasa menjaga keselamatan diri. “Apa yang berlaku tak ada kena mengena dengan negara. Malang tak berbau dan boleh berlaku di mana-mana. Jangan kerana seorang, satu negara terkena kesannya. Tak boleh begitu. Apa yang berlaku kepada kami, adalah pengajaran untuk semua orang supaya lebih berhati-hati selepas ini.
Kita tak tahu siapa suka kita dan siapa bencikan kita. Saya harap, semua orang jangan bergdh antara negara,” katanya. Menurutnya, rakyat Singapura adalah masyarakat yang baik dan turut menghulurkan bantuan ketika insiden itu berlaku.
“Saya nak jelaskan, orang Singapura semua baik-baik. Mereka ada bantu saya dan adik-adik saya semasa Kamal disrng. Tak ada siapa yang salah sebab benda nak jadi. Jangan kita bermusuh antara negara. Kita sama-sama cari rezeki. Saya pun ke sini untuk cari rezeki. Biar polis jalankan siasatan,” katanya.
Dalam video sama, Uqasha memohon doa daripada pengikut dan peminatnya agar Kamal yang baru saja sedar selepas menjalani operasi diberikan kesembuhan. “Saya harap anda semua tolong doakan Kamal sebab dia pun baru saja sedar dari kesan ubat bius. Dia ditidurkan untuk menjalani operasi. Dia perlu menjalani x-ray untuk pantau sama ada, ada bahagian retak atau apa,” katanya. Uqasha juga turut mengakui trauma selepas kejadian srngn itu berlaku sekali gus terpaksa merahsiakan lokasi di mana dia dan keluarganya berada. “Sampai sekarang saya tak tahu apa motif dia. Kami terpaksa rahsiakan lokasi kami kerana ugtannya adalah ugtan bahaya. Dia itu tak g!la. Sama ada dia gngstr atau apa, saya tak tahu,.
“Keadaan itu membuatkan saya trauma sebab pertama kali saya melihat kejadian begitu berlaku di depan mata saya sendiri,” katanya. Di Instagram Story, Uqasha memuat naik gambar cota yang digunakan penyerang itu untuk memukul Kamal. Sumber, Limau Asam Boi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.