Suka makan tisu tandas setiap hari. Itu tabiat pelik seorang wanita Illinois, Amerika Syarikat, sejak 23 tahun lalu. Kesha dari Chicago muncul di program TLC, My Strange Addiction untuk menyebarkan kesedaran tentang tabiat luar biasanya yang dikenali sebagai xylophagia, gangguan pemakanan membabitkan penggunaan tisu.Wanita berusia 34 tahun itu mengunyah kira-kira 75 helai tisu, setiap hari, selama 23 tahun lalu. Kesha berkata, dia percaya ini berpunca daripada trauma zaman kanak-kanaknya kerana pada darjah enam, dia berpindah dari rumah keluarganya untuk tinggal bersama nenek dan ibu saudaranya. Sumber Kosmo.
Saya rasa saya mengidamkannya kerana saya suka cara kertas tisu tandas terasa pada lidah saya, macam mana ia larut apabila terkena lidah saya. Walaupun dia lebih suka dua lapis kerana ia lebih mudah dihadam, tetapi saya akan alami kejang perut dan sukar pergi ke bilik air, jika termakan terlalu banyak,” katanya. Ibunya mendedahkan, anaknya itu akan menyembunyikan tangan, jika terserempak dengannya. Jika anda cuba mengambil tisu itu daripadanya, dia akan kecewa. Saya tak akan atau tidak dapat hendak memahami kenapa dia makan tisu. Bagaimanapun, Kesha tidak pernah menyedari betapa bahayanya keadaannya sehingga Pakar Psikiatri, Kimm Dennis memberitahunya mengenai kesannya.
Jika usus anda pecah di dalam perut anda, itu boleh membawa ma*t dengan cepat. Anda meletakkan badan anda kepada risiko,” katanya kepada Kesha. Pakar itu turut menasihati Kesha supaya menukar tisu tandas itu kepada kain kerana ia lembap dan tidak boleh dihadam bagi mengatasi ketghnnya. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.