Belum sedia untuk kehilangan, tarikh sebutan kes dah nak dekat perkongsian terbaru mertua Puteri Sarah buat ramai yang sebak

Nama pelakon, Puteri Sarah Liyana sememangnya kerap menjadi perbualan ramai sejak dia mendedahkan kemelut rumah tangga yang dihadapinya bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof. Dia yang sedang menanti hari sebutan kes untuk berpisah itu dilihat tenang dan sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Walau bagaimanapun, keluarga mentua yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepadanya sentiasa mendoakan kesejahteraan Sarah dan anak-anak walaupun hubungan dengan anak mereka tidak seperti dahulu lagi.

Dalam posting terbaru di Insta Story, Datin Patimah Ismail, dia telah berkongsi gambar Puteri Sarah dan cucu-cucunya dengan menyertakan lagu Belum Siap Kehilangan yang dinyanyikan semula oleh Michela Thea. Dalam pada itu, dia juga sempat memuat naik beberapa posting seakan menyebelahi menantunya itu yang menjadi sasaran kepada orang lain sehingga rumah tangga yang dibina berantakan.

Datin Patimah turut menitipkan pesanan pedas kepada para suami supaya jangan menjadikan isteri musuh dan musuh pula dijadikan isteri. Tegasnya, ‘penyondol’ memang terbukti salah dan jangan sesekali menjadikan alasan ‘takdir’ untuk menduakan seorang isteri. “Jangan jadikan isteri musuh! Musuh pula dijadikan isteri? Penyondol terbukti bersalah merampas suami orang, jangan jadikan takdir sebagai alasan,” ujarnya. Terdahulu, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur menetapkkan 7 Mac depan sebagai tarikh sebutan pertama bagi kes perpisahan yang difailkan pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, terhadap suaminya Syamsul Yusof.

Sumber, Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version