Aida Khalida, pelakon yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air. Percakapan yang lemah lembut sinonim dengan watak yang sesuai dilakonkan sebagai seorang ibu. Nama sebenarnya, Khalidah Adibah Ahmad sangat berdisiplin dalam kariernya dan telah berpuluh tahun menjadi anak seni. Bakat lakonannya masih utuh di persada seni dan banyak menerima tawaran sehingga hari ini Siapa sangka, Aida Khalida kini sudah mencecah usia 65 tahun dan telah pun bergelar nenek kepada 5 cucunya..
Ibu kepada dua orang anak dan 5 orang cucu ini tidak tidak menjadikan hidup solo tanpa suami sebagai kekurangan, jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran. Bahkan jika tiada shooting, aktres ini selesa mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.
Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini. Dalam usia 65 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelas tersendiri. Paling penting tanpa bot0x atau pembedahan muka. Meski jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur. Berkongsi amalan kecantikan, Aida memberitahu yang diasangat menitikberatkan soal pemakanan. “Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar).
“Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air,” katanya. Seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan. Sumber, mingguan wanita. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.