Dah lama simpan hasrat, MK luah rasa teruja bakal tunaikan Umrah dengan keluarga lepas raya nanti

Sudah lama menyimpan hasrat menjejakkan kaki ke Tanah Suci, penyanyi rap MK K-Clique berkongsi keterujaan bakal menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, enggan dilihat sebagai riak berkongsi mengenai perancangannya itu namun memohon urusannya dipermudahkan. Sejujurnya, saya tak mahu berkongsi mengenai perkara ini kerana tak mahu orang bercakap mengenainya. Niat untuk beribadah di sana, takut nanti jika ia diperkatakan. Risau juga niat saya berkongsi itu disalah tafsir. Saya mohon doa yang baik-baik agar urusan dipermudahkan. Sebenarnya saya sudah lama merancang kerana belum pernah sampai ke sana.

Insya-Allah, saya ingin membawa keluarga untuk bersama menunaikan umrah. Mengikut perancangan, kami mahu ke sana selepas Syawal tetapi masih dalam perbincangan. MK mengulas mengenai perancangannya untuk menunaikan umrah ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi baju Melayu Armaan x MK di Panggung Asia, Gombak, semalam. Mengulas mengenai kolaborasi ini, MK berminat untuk menjalin kerjasama kerana selesa dengan jenama terbabit. Selain MK, ia turut dimeriahkan dengan kehadiran Sean Lee selaku pengacara serta Mohd Hafizi Musafar Shah selaku pengasas Armaan.

Berkongsi mengenai perancangan pada bulan Ramadan, MK yang semakin berjinak-jinak dalam bidang lakonan mahu memperlahankan aktiviti dalam industri hiburan. Tahun ini saya mahu mengurangkan kerja seni dan mahu fokus beribadah. Ada tawaran untuk menjalani penggambaran, tapi masih dalam pertimbangan. Jika sesuai dengan jadual, saya akan terima tetapi saya memang meletakkan had untuk bekerja di bulan Ramadan sebab saya pun tak tahu kemampuan saya.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version