Berlakon babak ni masa hari failkan perpisahan, ramai yang puas ati bila tengok Puteri Sarah hamun Shukri Yahya

Drama bersiri adaptasi novel yang paling ditunggu, Andai Itu Takdirnya sudahpun ditayangkan di saluran Astro. Gandingan mantap pelakon hebat, Shukri Yahaya dan Hannah Delisha benar-benar menjadi dan ramai yang berpuas hati dengan lakonan mereka. Namun, watak Puteri Sarah Liyana yang memegang watak Umairah turut menjadi perhatian lebih-lebih lagi dia menjadi rakan kepada Hannah yang merupakan watak utama. Potongan babak Umairah memarahi Syed Azril telah tular di media sosial kerana ramai yang merasakan ia seperti luahan amarah Puteri Sarah dengan apa yang berlaku ketika ini.

Ramai yang berpendapat bahawa sedutan dari episod tersebut betul-betul ‘sampai’ kepada penonton lebih-lebih lagi gerakan badan menjadikan babak berkenaan cukup ‘real’. Puteri Sarah turut berkongsi video tersebut di Instagram dengan menulis kapsyen ‘Umairah on faiyahh!!!’ beserta ucapan terima kasih kepada penulis novel dan skrip serta produksi drama yang memberikannya peluang berlakon dalam drama tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan berasa’ seram’  jika menjadi Shukri kerana dihamun dengan begitu ‘dasyat’ oleh seorang wanita. Pelakon Idzham Ismail yang memegang watak Ikram turut menyatakan yang dia hampir ‘hangus’ ketika berada di sebelah Umairah sewaktu memarahi Syed Azril. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi komen, pemilik nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu mengatakan yang babak tersebut dibuat secara ‘one take’ dan kebetulan pada hari dia menfailkan perpisahan tempoh hari. Drama Andai Itu Takdirnya telah mula bersiaran pada 6 Mac 2023 di Astro Ria. Difahamkan drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah ini mempunyai 60 episod dan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis. Antara barisan pelakon yang menjayakan drama berkenaan adalah Hannah Delisha (Aliya), Shukri Yahaya (Syed Azril), Idzham Ismail, Puteri Sarah dan ramai lagi.

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version