Kesilapan saya tidak membaca dengan betul, tiada langsung sekelumit niat untuk mempersenda. Malah, saya juga sudah memohon maaf kepada individu itu. Demikian luah pelakon Azhan Rani yang ralat dengan kesilapannya terlepas pandang terhadap komen yang ditinggalkan oleh peminatnya di Tik Tok. Tegasnya, jauh sekali hendak mempersendakan peminat itu sebaliknya terlepas pandang kerana membalas komen berkenaan pada waktu pagi. Saya baru perasan apabila komen berkenaan menjadi viral di Tik Tok. Saya begitu menyesali kesilapan saya kerana tidak membaca dengan betul. Apatah lagi, perkara yang saya terlepas pandang itu mengenai seseorang yang kehilangan ibunya. Sukar untuk diluah rasa bersalah itu,” kata Azhan menerusi aplikasi Whatsapp. Klik sini untuk lihat video.
Terdahulu, pengguna media sosial bernama Nur Nabila Samsudin yang juga peminat kepada Azhan berkongsi arwah ibunya meminati lakonan pelakon itu. Allahuakbar… Malu saya. Sampaikan salam saya pada mak. Semoga sihat walafiat,” tulis Azhan. Menyedari komen yang menjadi viral itu, Azhan membuat permohonan secara terbuka di komen berkenaan. Allahuakbar.. Maaf saya terlepas pandang baca. Maafkan saya. Al Fatihah untuk arwah bonda awak. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Peminat berkenaan menyambut baik permohonan maaf Azhan dan mendoakan agar pelakon itu terus terbang tinggi dalam bidang lakonan. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.