Rakan suruh pakai tudung, penampilan terkini Kasih Iris Leona jadi perhatian warganet

Tidak dapat dinafikan, nama anak gadis pelakon veteran, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sering mendapat perhatian warganet di media sosial kerana penampilannya yang begitu menjolok mata sehingga mencetuskan kritikan dan cemuhan ramai. Namun begitu, berbeza pula pada kali ini. Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Leona di laman TikToknya, dia berjaya meraih perhatian warganet apabila mengenakan hijab ketika bersiar-siar bersama rakannya yang lain. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh gadis yang berusia 21 tahun itu, dia juga sempat menitipkan ucapan salam ramadan kepada para pengikutnya di aplikasi tersebut. “Kawan-kawan menyuruh saya untuk memakai tudung di khalayak ramai. Salam ramadan,” ujarnya di ruangan kapsyen. Sehingga kini, video tersebut berjaya meraih lebih 700,000 kali tontonan dan mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada warganet selepas sehari dimuat naik dalam aplikasi tersebut. Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji penampilan Leona yang kelihatan sopan dan menutup aurat berbanding dengan imejnya yang dahulu.

Komen Warganet:

Bukan itu sahaja, ramai juga yang memberikan sokongan kepada Leona untuk terus dalam menjaga penampilannya ke arah yang lebih baik untuk menjaga seorang muslimah yang taat dengan perintah agama.

Dalam pada itu, warganet turut mendoakan agar gadis kelahiran Kuala Lumpur itu terus istiqamah dalam menutup aurat memandangkan setiap muslimah terlihat sangat cantik apabila menutup aurat dengan sempurna.

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version