Menutup aurat di kalangan anak-anak, terutama anak perempuan, perlu dilatih sejak awal usia. Elakkan berfikiran konon kerana anak-anak masih kecil dan tidak memahami apa-apa, maka apa perlunya mereka menutup aurat. Permulaan baik pada usia kecil inilah kelak akan kekal menjadi benteng buat seseorang wanita untuk kekal bertudung walau di mana dia berada dan dengan siapa dia bergaul. Baru-baru ini Angkasawan Negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor, ada berkongsi anak sulungnya, Bella meluahkan hasratnya yang sudah bersedia untuk memakai tudung. Sebagai seorang bapa, timbul rasa sebak bagi Dr Sheikh apabila anak pertama yang baru berumur 12 tahun itu sudah meningkat dewasa.
Malah, Dr Sheikh juga sempat menyatakan nasihatnya buat Tanya untuk tunggu sehingga anaknya itu datang Haid dan memulakan dengan memakai tudung jenis Shawl dahulu. Perkongsiannya yang berbentuk video Bella dan Tasha sedang memakai tudung itu diakhiri dengan persoalan di ruangan kapsyen iaitu beliau bertanyakan pada umum adakah nasihatnya itu tepat untuk anaknya. Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Dr berkongsi pendapat mereka bahawa untuk memakai hijab tidak perlu menunggu sehingga anak gadis betul-betul baligh. Bila mereka dah bersedia untuk bertudung teruskan sahaja permintaannya.
Komen warganet:
Sumber : keluarga.my