Memang meriah betul sambutan harijadi BCL, tapi warganet pertikaikan cara dia berdoa

Penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari sekali lagi meraih perhatian warganet ketika di majlis ulang tahunnya yang ke-40, baru-baru ini. Menerusi video yang dimuat naik seorang individu di TikTok, Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dengan panggilannya BCL dilihat di sebuah pusat hiburan bersama rakan-rakan terdekat bagi meraikan hari bahagianya. Dalam video itu, BCL yang berpakaian ‘dress’ hijau itu meraih perhatian warganet dengan cara doanya sebelum dia meniup lilin di kek hari jadinya.Tindakannya itu menjadi persoalan warganet kerana seakan seperti individu bukan beragama Islam. klik sini untuk lihat video.

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet mempertikaikan cara pelantun lagu ‘Wanita Terbahagia’ itu berdoa dan tertanya-tanya jika dirinya masih beragama Islam. Namun begitu, terdapat juga warganet yang terus mendoakan BCL agar diberikan hidayah buatnya.

Komen Warganet:

Sumber: Ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version