Tak sabar nak menyanyi ramai ramai dengan penonton, Datuk Sheila Majid luah rasa teruja nak hiburkan peminat

Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid, 58, berharap penonton tak perlu kaku sebaliknya berseronok pada konsert Sheila Majid: Big Band Live in Kuala Lumpur 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Sabtu ini.Sheila atau nama sebenarnya Shaheila Abdul Majid berkata dia sememangnya tidak sabar lagi bernyanyi ramai-ramai dengan penonton kelak selepas lama tidak beraksi. Lama sangat kita tak jumpa. Rindu. Saya sebenarnya teruja. Lama betul tak jumpa. Saya harap mereka teruja juga, belajar lagu-lagu, kita akan nyanyi ramai-ramai.

Saya mahu penonton datang dan relaks. Berseronok saja, tak payah nak jadi kaku sangat. Kita relaks sahaja dan ‘have a good time’,” katanya. Penyanyi lagu Sinaran itu tidak menafikan memang terbit rasa gugup juga tapi baginya perkara itu normal. Banyak hal dirisaukan namun dia akui itu fasa biasa. Biasalah bila nak menjelang sebuah persembahan besar, gugup ada, campur dengan teruja lakukannya dan cemas. Sepertinya macam-macam nak fikir. Harapnya, sistem bunyi akan bagus, saya boleh ingat lirik dan tiada masalah teknikal. Saya jenis orang perisau. Memang selalunya begitu. Nak naik pentas, gemuruh dia boleh tahan. Jadi bagi saya, ia fasa yang saya akan lalui,” katanya.

Sheila berjanji akan menekankan pada aspek interaksi semula jadi dengan penonton. Katanya, dia juga sudah menyiapkan skrip untuk dijadikan panduan bercakap atas pentas kelak. Interaksi dengan penonton, nampak macam senang tapi itu tunjang utama yang saya risaukan. Ini disebabkan penonton kena ‘enjoy’ jadi kena memukau dan menghiburkan. Nyanyi itu satu, interaksi satu hal, bukan mudah berdiri seorang diri depan ribuan memandang kita. Jadi apa yang kita cakap adalah penting, saya tulis skrip sendiri. Apa yang saya cakap perlu kena mengena dengan lagu dan muzik.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version