Di Instagram, kakak kepada Noor Neelofa iaitu Noor Nabila dilihat menitipkan pesanan kepada bekas suaminya, Sharnaaz Ahmad untuk menjaga anak sulung mereka, Jebat Jayden dengan baik. Menurut Nabila, ini adalah pertama kali dia tinggalkan Jebat lebih dari tiga hari untuk ke luar negara atas urusan kerja. “Mommy akan merindui awak Jebat Jayden. Tak pernah lagi tinggal dia lebih dari tiga hari ni. Baba tolong jaga dia elok-elok. You can do it! Haha.” Terdahulu, timbul dakwaan yang mengatakan bahawa Nabila dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin dalam proses hendak berpisah. Malah, sumber rapat pasangan berkenaan turut memberitahu bahawa mereka sudah tidak tinggal bersama. Bukan itu sahaja, mereka tidak memuat naik foto serta video bersama di media sosial.
Menerusi dakwaan tersebut juga, Neelofa berkata dia memilih untuk tidak masuk campur dan menghormati kehidupan privasi Nabila. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Memang betul bapa mithali, ramai yang sebak bila tengok Sharnaaz Ahmad jemput anknya kat Lapangan Terbang. Pelakon, Sharnaaz Ahmad dilihat menjemput anak tunggalnya, Jebat Jayden Ahmad di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam yang baru tiba dari Tanah Suci. Difahamkan, Jebat dan keluarga Noor Nabila telah menunaikan ibadah umrah bersama-sama. Setelah dua minggu tidak bertemu, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil menyentuh hati ramai warganet selepas mempamerkan dirinya memeluk erat anak kesayangannya, Jebat Jayden seusai pulang dari umrah.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Sharnaaz menerusi sebuah hantaran di Instagram, tadi. Menerusi perkongsian tersebut, Jayden kelihatan begitu manja berada dalam dakapan seolah-olah terubat rindunya untuk bertemu bapanya, Sharnaaz. Above All.. My Love Jebat Jayden,” tulisnya. Perkongsian tersebut turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet yang rata-ratanya gembira melihat pertemuan semula dua beranak itu. Tulis seorang warganet, “You might actually not succeed as a husband *yet*.. But as a protector -responsible-loving father… You’re actually THE WINNER. You deserved that. Jebat is so lucky to have you. Salute.
Kredit Xtra.