Nurul Shuhada jadi perhatian ramai selepas muat naik gambar bersama seorang jejaka

Perkongsian terkini bekas isteri pelakon sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri jadi perhatian ramai selepas memuat naik foto bersama seorang jejaka. Apa yang menarik perhatian ramai adalah kapsyen Shuhada yang sempat bergurau sekiranya dia dijodohkan dengan lelaki bermata sepet. Bukan itu sahaja, Shuhada juga sempat berseloroh seakan meminta keizinan daripada anak-anaknya. Humairah, Umar.. Okay tak yang ini? Dua orang dah mata bulat, lepasni mata sepet?,” tulisnya beserta tanda pagar #ShuGurauJe.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya sempat mengusik Shuhada yang dilihat sama cantik sama padan dengan jejaka berkenaan. Dalam pada itu, rata-rata warganet turut memuji kecantikan Shuhada yang semakin menyerlah dan tampak sangat bahagia berbanding saat dia bersama pelakon Melastik Ke Hatimu itu. Sebelum ini, pelakon Hafidz dikhabarkan akan dirawat di hospital bahagia atas dakwaan mempunyai penyakit bipolar. Konflik rumah tangga Hafidz dan bekas isterinya, Nurul Shuhada menjadi perhatian ramai selepas timbul gosip pelakon itu tak setia.

Susulan itu, Hafidz pula disyaki telah mengasari isterinya sebanyak tiga kali namun mengaku tidak bersalah di mahkamah. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version