Nak 1 Malaysia tahu bakat terpendam dia, Ain Edruce muat naik video suami tengah karaoke buat ramai yang terhibur

Nama Ain Edruce tidak asing lagi dalam dunia industri seni tanah air. Pelakon dan Pengacara itu, sering memuat naik video dan gambar mengenai keluarga kecilnya itu, di media sosial untuk tujuan menghiburkan para pengikutnya. Namun seperti biasa, suaminya Amirul sering menjadi tumpuan warganet kerana tingkah lakunya itu yang lucu walaupun tidak berbuat apa-apa. Gelagat suami isteri ini lebih meriah lagi selepas Ain memuat naik video-video di youtube miliknya. Baru-baru ini, Ain memuat naik satu video bersempena dengan hari lahir suami tercintanya itu dan video tersebut mendapat perhatian ramai.

Di dalam video tersebut, terlihat Ain sedang memangku anaknya sambil mendengar suaminya itu mendendangkan beberapa buah lagu dengan tempo yang agak lari. Ain memuat naik video berkenaan bersama ucapan hari lahir untuk suaminya itu. “Sempena dengan birthday awak ke-30, saya nak 1 Malaysia tahu bakat terpendam awak… selain selalu buat lawak, awak pun penyanyi terhandal”-kata Ain. Rata-rata, di ruangan komen warganet terhibur dengan ucapan serta video yang dikongsikan oleh Ain itu. Klik sini untuk lihat video.

“Tak pe bro, paling2 pon ikan je yang dengar”-kata mereka. “Pestime nampak laki ain senyum kalo tak muka takde perasaan je”-ujar mereka “Jahatt Ain ni hahaha, kene hantar mirul p class vokal.. bakat dah ada asah je haha.”-tambah mereka “Seronok ikan selar, ikan kerisi dan ikan kembung..lama dah ikan tkade hiburan..hihihi”-tulis mereka. Sumber:murai.my. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version