PELAKON Soffi Jikan mendedahkan wujud kemelut di antara Datuk Aaron Aziz dengan pengarah Original Gangster iaitu Syamsul Yusof sehingga aktor asal Singapura itu digugurkan dari barisan pelakon filem aksi berkenaan. Soffi atau Mohammad Shoffi Jikan, 53, berkata, isu tersebut masih berlarutan namun sebagai antara pelakon dalam filem itu, dia enggan masuk campur dan berharap masalah yang timbul dapat diselesaikan secara baik. “Apa saya boleh kata memang ada isu kedua-dua belah pihak cuma ralatnya mereka tidak bersemuka untuk menyelesaikan masalah.
“Benda ini masih terpendam tapi kita harap semuanya berakhir dengan baik. Saya tak boleh komen lebih kerana tidak mahu masuk campur, cuma apa saya harapkan Aaron dan Syamsul selesaikan isu yang timbul dengan berhemah,” katanya. Soffi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pra pelancaran Horrey X Fest Raya pada Selasa. Ahad lalu, Aaron, 47, mendedahkan namanya digugurkan daripada barisan pelakon Original Gangster namun enggan mendedahkan puncanya kerana menghormati bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam. Kata Aaron, dia enggan membuka cerita tentang perkara berkenaan apatah lagi Syamsul kini sedang berdepan pelbagai masalah terutama hal rumah tangga.
Akur dengan keputusan itu, Aaron menganggap apa yang berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya.Dalam pada itu, Soffi mengakui terkejut dengan pengguguran nama Aaron namun percaya ada sebab tersendiri keputusan itu dibuat pihak produksi. Soffi bagaimanapun tetap menaruh harapan agar filem tersebut akan mendapat sambutan ramai meskipun tidak menampilkan wajah-wajah sinonim dengan watak gangster.”Kami yang berada di set penggambaran lagi terkejut sebab ia berlaku secara tiba-tiba tapi kami semua profesional dan mesti ada sebab kukuh tentang keputusan dibuat Syamsul dan penerbit.
“Kami juga tiada hak secara individu untuk berburuk sangka,” kongsinya lagi. Original Gangster yang sedang dalam penggambaran turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Adi Putra, Yayan Ruhian, Beto Kusyairy, Hairul Azreen, Shaheizy Sam, Pablo Amirul, Nas-T dan Sharnaaz Ahmad. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.