Ramai warganet geli hati melihat gelagat penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat bersama-sama adiknya Fyna Jebat yang bermain ‘filter’ Tonton Anugerah Drama Sangat (TADS) di TikTok. Naib juara program realiti Famili Duo TV3 itu meluangkan masa bersama dengan bermain ‘filter muka kau sesuai berlakon watak?’Kemudian, kedua-duanya ketawa besar apabila melihat keputusan ‘filter’ tersebut yang memaparkan mereka mendapat watak lakonan sebagai ‘penyondol’.
Pelantun lagu Temberang itu hanya mampu ketawa dan berseloroh dengan mengatakan adiknya sangat padan dengan watak tersebut. “Watak ini sesuai sangat untuk awak dik.” Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Nabil Mahir ini juga sambil bergurau sempat menyatakan agar suaminya tidak diganggu dengan orang ketiga. “Jangan sondol suami saya sudah.” Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet turut terhibur dengan gurauan adik beradik itu dan bersetuju dengan Ayda yang mengaitkan ‘filter’ tersebut dengan kehidupan peribadi adiknya. Klik sini untuk lihat video.
Komen warganet:
“Tak sangka betul lah. Ayda pun sembur macam tu je dekat adik dia, kelakar la diaorang ini. Ayda ni bagus tak ada pun nak cover adik dia, lawak sangat! Semoga yang baik-baik sahaja untuk Fyna. Macam tu je kakak dia komen dekat dia.” Sumber: Soya Lemon. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.