Kejayaan penyanyi dangdut Indonesia, Lesti Kejora, 23, yang kini sudah menempa nama dan populariti hangat di negaranya cukup membanggakan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Menerusi hantaran di Instagram bersama beberapa foto mereka yang dikongsikan, Siti, 44, menyifatkan pertemuan baru-baru ini adalah saat paling manis. Anak gadis manis waktu pertama kali saya melihat beliau di pertandingan Dangdut Academy Indosiar sewaktu masih belasan tahun. Kemudian, bertemu di acara pelancaran SimplySiti di Indonesia beberapa tahun lalu dan perkembangan karier beliau saya ikuti.
Saya bangga melihat anak gadis yang mempunyai cita-cita sewaktu masih di bangku sekolah, kita telah merintis kejayaan dan mencipta nama besar. Semua orang ada impian dan harus cekal untuk mendepani setiap ujian dalam menuju kejayaan,” tulisnya. Pada sesi ‘live’ mereka di media sosial, Siti juga sempat berduet dengan Lesti menyanyikan lagu Sekali Seumur Hidup sebagai memenuhi permintaan daripada peminat. Terdahulu, difahamkan pertemuan antara Siti dan Lesti itu berlaku sewaktu beliau ingin pulang ke Kuala Lumpur dari Jakarta, kelmarin. Dalam pertemuan itu juga, Siti memberikan hadiah produk dan albumnya kepada Lesti. Katanya, karya boleh membawa kita ke mana-mana tanpa batas sempadan bahasa dan negara.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.