Ramai di antara selebriti kini menggunakan media sosial sebagai salah satu cara untuk melakukan content dan mencari rezeki tambahan. Antara selebriti yang aktif di media sosialnya ialah pelakon, pelawak dan pengacara Fikry Ibrahim. Sebagai pelawak, ramai yang menantikan content daripadanya, namun baru-baru ini dia telah mengundang kritikan warganet apabila video pendeknya yang dimuat baik dikatakan tidak menjaga sensitiviti agama. Fikry memuat naik sebuah video sedang mendengar khutbah Jumaat di Korea Selatan, namun apa yang membuatkan warganet marah ialah ketika dia sedang ‘mendengar’ khutbah itu, pelawak tersebut sempat membuat gesture mini love. Klik sini untuk lihat video.
Ramai yang merasakan perkara itu tidak sopan dan agak kelihatan kurang ajar, lebih-lebih lagi teks khutbah itu dibacakan oleh seorang imam yang disegani di Korea Selatan iaitu Imam Abdullah Al-Kory. Video berkenaan mengundang kecaman netizen, ramai yang merasakan ia tidak seperti video-videonya yang sebelum ini di mana dia hanya duduk dan mendengar khutbah. Sebaliknya, video kali ini memperlihatkan dia membuat pergerakan seolah-olah tidak menghormati khutbah tersebut.
Sumber, Lobak merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.