Yasin Sulaiman yang merupakan penyanyi serta komposer terkenal kini sedang menjalani hkmn tahanan atas kesalahannya berkaitan dengan bahan terlarang sejak Mac tahun lalu. Ramai yang mempersoalkan perubahan fizikalnya di mana dia kelihatan jauh lebih kurus dari sebelumnya. Pun begitu, Yasin berkata dia bukanlah tidak mendapat makan yang cukup di sana tetapi dia disahkan menghidap penyakit tiroid pada November lalu dan berat badannya turun sehingga 18 kilogram. Menurut laporan Harian Metro, dia ditemui selepas sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen hari ini, katanya, dia tidak mahu orang ramai beranggapan pihak Jabatan Pnjra tidak memberinya makan atau mengabaikan kebajikannya kerana perubahan badannya.
“Seperti semua dapat lihat, saya kurus sekarang. Semasa masuk dulu berat badan saya 66 kilogram dan sekarang 48 kilogram. Saya tidak mahu ada orang berandaian mereka tidak beri makan. Mereka banyak makanan sehingga melimpah ruah dan sebenarnya ramai saja banduan yang gemuk. Saya derita tiroid selama lima bulan tapi Alhamdulillah dengan bantuan dan pertolongan pihak mereka, saya mendapat ubat-ubatan serta menjalani rawatan susulan setiap bulan,” katanya. Sebagai info, tiroid ialah satu kelenjar di bahagian depan leher yang boleh mengakibatkan banyak gejala termasuk keletihan, insomnia dan penurunan berat badan.
Sementara itu, Yasin memberitahu dia gembira dan bersyukur kerana diberikan layanan yang baik oleh pegawai serta banduan lain. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.